4 Sikap Positif Pekerja Cemerlang

4 sikap positif pekerja cemerlang

Kisah pekerja hotel yang dedikasi

Sekembali sahaja ke lobi hotel, petugas kaunter sambut tetamu ‘receptionist’ memaklumkan bahawa bilik kami belum dikemas ‘housekeeping’. Saya cebik bibir dan kerut dahi. Ketika itu sudah jam 3 petang. Dia meminta maaf kerana katanya banyak bilik yang perlu dikemas.

414

Tidak sampai satu minit kami masuk bilik, pintu kami diketuk. Petugas sambut tetamu tadi sendiri yang datang dan melakukan kerja-kerja ‘housekeeping.’ Manakala petugas ‘housekeeper’ hanya beberapa pintu sahaja lagi akan sampai giliran menyelia bilik kami.

Ini satu contoh sikap dedikasi dan tanggungjawab seorang pekerja. Kredit kepada Hotel Labuk, Sandakan.

4 sikap positif

Pertama, mengakui kesilapan dan kelemahan.

Kedua, memohon maaf atas kesilapan dan kelemahan itu.

Untuk melakukan dua perkara ini sahaja pun, ia suatu yang sangat berat pada sebahagian pekerja. Hanya yang benar-benar dilatih dengan sifat amanah dan tanggungjawab sahaja sanggup melakukan sedemikian rupa yakni mengakui kelemahan dan memohon maaf.

Boleh sahaja wanita itu memindahkan kelemahan dan kesilapan itu pada petugas ‘housekeeping’.

Ketiga, menjelaskan sebab dan alasan yang munasabah.

Ramai orang sanggup dan mampu mencipta berbagai alasan untuk melegalkan (merasionalkan) kelemahan dan kesilapan yang mereka lakukan. Ini biasa kita temui. Sampai-sampai di hari akhirat, di hadapan Allah sendiri manusia tetap akan berdalih itu dan ini bagi membela kesalahan yang mereka lakukan sendiri.

Dalam kes wanita tadi, alasan yang diberikan munasabah dan dapat diterima. Walaupun mereka tetap perlu ‘take note’ supaya hal yang demikian dapat dibaiki pada masa akan datang.

Kontradik dengan sikap ini, ada orang lebih suka memberikan alasan terlebih dahulu dan lambat mengakui kesilapan. Hanya setelah diselidik dan diasak, barulah kemudian baru mengaku silap dan meminta maaf.

Keempat, membaiki kesilapan semampunya.

Wanita itu datang sendiri melakukan tugas-tugas ‘housekeeping’ walaupun itu sebenarnya tidak termasuk dalam bidang kerjanya.

Namun ia lakukan atas sikap tanggungjawab terhadap syarikat. Ini dinamakan semangat kerja berpasukan, tolong-menolong dan bekerjasama.

Benar, setiap pekerja dan jabatan memiliki peranan dan tugas masing-masing. Namun dalam keadaan tertentu, mungkin sahaja ada pekerja dan jabatan menghadapi tugas kritikal yang perlu dibantu.

Ada pekerja yang sangat komited dan dedikasi pada setiap tugas mereka. Namun ketika pekerja lain memerlukan bantuan, mereka lambat tampil menawarkan pertolongan. Ataupun hanya menolong setelah disuruh oleh pihak atasan. Lebih buruk lagi, mereka membantu seadanya secara halai-balai. Itu masih ‘lebih baik’ berbanding dari mereka yang ‘nafsi-nafsi’ atau ‘aku, aku- engkau-engkau’.

Meniru sikap Nabi Musa Alaihissalam

Apa yang ditunjukkan oleh pekerja wanita tadi awal-awal lagi sudah disebutkan oleh Allah dalam Al-Qur’an supaya menjadi teladan. Nabi Musa Alaihissalam disebutkan sebagai pekerja yang memiliki ciri pekerja yang terbaik yakni ‘kuat’ dan ‘amanah’.

Nabi Musa Alaihissalam pernah berbuat silap, lalu terus mengakui kesilapan dan memohon ampun dari Allah.

Dalam Surah al-Qashah, Allah menceritakan bahawa Nabi Musa Alaihissalam pernah secara tidak sengaja menyebabkan kematian seorang lelaki. Walaupun ia dilakukan secara tidak sengaja, Nabi Musa Alaihissalam tetap mengakui kesalahannya dan memohon ampun dari Allah.

“Musa berdoa: ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku.’” (surah al-Qasas, 16) 

Bahkan ketika berhadapan dengan bapa angkat yang jahat yakni Fir’aun, Nabi Musa juga tidak segan-silu mengakui kesalahannya membunuh seorang lelaki dari kaum Fir’aun. Nabi Musa berkata “Aku telah melakukannya, sedang aku di waktu itu termasuk orang-orang yang khilaf.” (surah Asy-Syuara, 20)

Ringan tulang membantu orang lain 

Ketika baru sampai ke Madyan, Nabi Musa terserempak dengan segerombolan pengembala yang sedang memberi minum haiwan mereka. Namun baginda ternampak 2 wanita yang menyisih di tepi menanti giliran untuk memberi minum haiwan mereka. Oleh kerana mereka wanita, maka mereka terpaksa menunggu sehingga orang lain beredar. Nabi Musa, walaupun letih dan lapar tetap ingin menolong dua wanita ini.

“Maka Musa memberi minum ternak itu untuk (menolong) keduanya.” (Al-Qasas, 24.)

Pekerja cemerlang, tidak hanya melunaskan tugas dan tanggungjawab yang sudah ditetapkan oleh majikan. Mereka juga peka dan ambil peduli tentang persekitaran kerja mereka.

Pekerja cemerlang prihatin dan peka terhadap keadaan sekeliling. Jika ada bahagian yang memerlukan bantuan, pekerja cemerlang akan tampil menawarkan bantuan tanpa diminta.

Mohd Riduan b.Khairi

PPY Borneo, Kota Kinabalu 

One thought on “4 Sikap Positif Pekerja Cemerlang

  1. Mohd Riduan Khairi says:

    Reblogged this on Setiap yang berjaya, berusaha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s