Tambah Pengetahuan & Tingkatkan Kemahiran

Tambah Pengetahuan & Tingkatkan Kemahiran

Gambar Hiasan: Taman Negara Bako, Sarawak

Gambar Hiasan: Taman Negara Bako, Sarawak

Seorang anak kecil yang pandai membaca Al-Qur’an, dia amat suka jika dia disuruh membaca Al-Qur’an. Seorang anak yang pandai mengayuh basikal, pasti akan suka berkeliling kemana-mana menaiki basikalnya. Demikian orang dewasa, umumnya manusia suka melakukan perkara yang mereka pandai dan mahir melakukannya. Cubalah disuruh tukang jahit untuk menguli roti atau jurufoto di suruh memukat ikat di laut. Bagaimana lah agaknya keadaan mereka?

Setiap pekerjaan ada ilmu dan kemahiran tersendiri. Untuk pandai dan mahir, hanya ada satu jalan. Kata Nabi, “Al-Ilmu bi ta’allum” yakni ilmu itu diperoleh dengan belajar. Menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran adalah proses berterusan sepanjang hayat. Namun ramai melakukan kesilapan apabila membuat keputusan berhenti belajar pada hari pertama mendapat kerja.

Individu sukses paling prihatin terhadap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Asal ada sahaja peluang untuk menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran, nescaya dia menjadi orang paling awal. Demikian sikap yang ditunjukkan teladan oleh Nabi Musa Alaihisalam. Setelah mengetahui bahawa ada orang lain yang lebih berilmu darinya, lekas-lekas baginda mencari lelaki ini untuk belajar dengannya.

Benar, sebahagian besar majikan yang ‘establish’ menyediakan program latihan dalaman ‘in house training’. Namun adakah ia memadai?

Individu sukses akan mengambil inisiatif sendiri untuk melabur ‘invest’ pada dirinya. Siapa yang mengeluarkan bajet kepada Nabi Musa Alaihisan untuk berguru dengan Nabi Khidr? Fir’aun? Qarun? Haman? Tidak, sebaliknya dirinya sendiri atas rasa semangat cintakan ilmu dan tanggungjawab. Bilakah kali terakhir kita menghadiri kursus atau latihan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kerjaya kita?

Apakah buku yang terakhir kita beli & baca dalam bidang kerja yang sedang kita lakukan? Imam As-Syafii membelanjakan 60 Dinar yakni senilai RM 48,000 untuk membeli kitab-kitab Muhammad bin Al-Hasan As-Syaibani. Yahya bin Ma’in guru kepada Imam Al-Bukhari mendapatkan warisan dari ayahnya sebanyak 1 juta dirham dan 50 ribu dinar yakni senilai (RM45 juta). Dari harta itu, Yahya memiliki 114 rak yang penuh buku. Ustaz Armen Halim Naro rahimahullah dalam rakaman kajian Baiti Jannati menceritakan, Bahawa suatu ketika beliau bertemu dengan Syaikh Salim Eid Al-Hilali dan Syaikh Masyhur Hasan Alu Salman hafidzahumullah. Ketika itu Syaikh Masyhur dan Syaikh Salim baharu sahaja membeli kitab sejumlah 40 juta rupiah (bersamaan RM11,000).

Mohd Riduan b Khairi

PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’

https://ppyborneo.wordpress.com

Kerja Ikhlas Kerana Allah

Kerja Ikhlas Kerana Allah

Gambar Hiasan: Taman Pertanian Tenom, Sabah

Gambar Hiasan: Taman Pertanian Tenom, Sabah

Google bukan sahaja enjin carian terkenal, ia juga dinamakan sebagai ‘top employer’ atau majikan terbaik seluruh dunia. Jika dalam negara, nama-nama seperti Shell, Petronas, McKinsey & Co, dan Ernst & Young menjadi pilihan utama bagi mereka yang sedang mencari kerja. Apa yang direbutkan untuk bekerja di syarikat multi-nasional ini? Sudah barang tentu ada banyak kelebihan atau benefit yang ditawarkan.

Benar kesemua syarikat tadi besar dan bertaraf multi-nasional. Namun orang ikhlas bekerja kerana Allah Yang Maha Besar. Bukankah Allah Maha Kaya. Sudahlah Maha Kaya, Maha Pemurah pula. Kita mungkin pernah berjumpa dengan majikan yang kaya, namun berkira pula. Ada majikan yang pemurah, sayangnya dia tidak berapa kaya. Beruntungnya orang yang bekerja ikhlas mengharapkan ganjaran dari Allah.

Ada 1001 Faedah dan Manfaat Orang Yg Ikhlas

1. Ia merupakan syarat pertama kerja diangkat menjadi ibadah dan mendapat pahala dari Allah Azza Wa Jalla. Allah menerima hanya amal yang tulus dan ikhlas kepadanya sahaja.

2. Kerja menjadi mudah dan ringan kerana mendapat pertolongan Allah. Nabi pernah menyebut bahawa salah satu golongan yang mendapat pertolongan Allah ialah mereka yang ikhlas.” (Sahih Tarhib wa Targhib). Ikhlas, no bomoh-bomoh, no tangkal-tangkal, n no pelaris-pelaris. Semua itu syirik dan membatalkan keikhlasan.

3. Motivasi dan semangat orang yang ikhlas tidak mudah luntur. Kerana mereka mengetahui bahawa Allah Maha Mengetahui setiap apa yang mereka buat. Walaupun bos atau majikan tidak nampak atau terlepas pandang memberikan puji, namun mereka tetap bekerja dengan sungguh-sungguh. Kerana yakin Allah Maha Melihat Maha Mendengar.

4. Dan yang k-4 lihat apa yang Nabi sebutkan. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan sebuah hadith

ومنكانتالدنيانيتهفرقاللهوجعلفقرهبينعينيهولمياءتهمنالنياالاماكتبله

ومنكانتالاخرةنيتهجمعاللهامرهوجعلغناهفيقلبهواتتهالدنياوهيراغمه

“Barangsiapa niatnya adalah dunia, maka Allah mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan di kedua pelupuk matanya. Dan dunia tidak diberikan kepadanya melainkan apa yang telah dituliskan untuknya. Barangsiapa niatnya adalah akhirat, maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya ddan dunia akan diberikan kepadanya walaupu ia tidak suka.”

Mohd Riduan b Khairi

PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’

https://ppyborneo.wordpress.com

Target Menggapai Bintang

Target Menggapai Bintang

Gambar Hiasan: Kuala Penyu Sabah

Gambar Hiasan: Kuala Penyu Sabah

Setiap hari banyak orang berasak-asak keluar bekerja. Pergi pagi pulang petang. Hari berganti hari, tahun berganti tahun begitulah seterusnya. Pekerjaan seharian akhirnya menjadi sebuah rutin yang amat membosankan dan menjemukan. Pejabat pula menjadi sebuah penjara yang amat menyeksakan. Manusia bukan tikus hamster yang bahagia dan gembira dengan sebuah sangkar kecil dan sebuah roda permainan. Manusia ialah makhluk yang berkembang dan perlu peningkatan dalam kerjaya.

Nah. Sekarang kita tanyakan pada diri kita sendiri, “Apakah plan, perancangan, sasaran dan target yang telah kita tetapkan untuk kerjaya dan perniagaan kita?”

Nabi kita Muhammad SAW mengajarkan para sahabat dan umatnya untuk menetapkan sasaran dan target baik dalam urusan dunia, juga urusan akhirat. Bahkan bukan sebarang target. Imam Al-Bukhari meriwayatkan Nabi bersabda, “Jika kamu meminta kepada Allah, mintalah Syurga Firdaus Al-A’la (yang Tertinggi).” Baginda juga ketika hayatnya menyebut-nyebut akan penaklukan dua kuasa besar dunia ketika itu yakni Rom dan Parsi.

Kisah 4 Pemuda yang Bercita-cita Tinggi

Dikisahkan suatu ketika 4 orang pemuda berhimpun di perkarangan Ka’bah. Mereka ialah Abdullah bin Umar, Urwah bin Zubair, Mush’ab bin Zubair dan Abdul Malik bin Marwan. Mush’ab berkata pada mereka: Sebutkan cita-cita kalian! Lalu mereka menjawabnya: Mulailah dari kamu!

Dia (Mush’ab) berkata: (Saya bercita-cita dapat menguasai) wilayah ‘Iraq dan menikahi Sukainah binti Husain dan ‘Aisyah binti Thalhah (dua jelitawan dan cendekiawan wanita Quraisy). Urwah bercita-cita dapat menguasai fiqh dan menjadi rujukan umat. Abdul Malik bin Marwan pula bercita-cita untuk mejadi khalifah. Abdullah bin Umar pula bercita-cita untuk masuk syurga.

Imam adz-Dzahabi yang menukilkan kisah ini memberi komentar, “Mereka semua berjaya mencapai target dan impian mereka dan sangat mungkin Ibnu Umar juga.” (Siyar a’lam an-Nubala’ 2/141, Al Himmatu Al Aaliyatu karya Syaikh Muhammad bin Ibrahim Al Hamd)

Apa yang membezakan 4 pemuda ini dengan pemuda lain di zamannya? Apa pula yang membezakan saya dan kita semua dengan mereka yang sukses dan berjaya pada hari ini? Yang membezakannya ialah cita-cita dan target. Orang yang sukses berjiwa besar dan tekad untuk meletakkan target yang tinggi dalam kehidupan mereka. Sedangkan kebanyakan dari kita, merasa cukup-cukup sahaja dengan apa yang ada. Mudah merasa puas dengan pencapaian yang sudah dimiliki.

Semua orang berpeluang untuk menjadi pekerja yang sukses. Semua orang layak menjadi bintang baik dalam apa jua bidang dan peringkat kerja. Baik tuan-tuan seorang doktor, magistret, guru, pegawai, peniaga, petani dan apapun bidang pekerjaan yang diceburi. Caranya ialah letakkan perancangan, sasaran dan target yang tinggi dalam kerjaya. Insya Allah, kelak perlahan-lahan Allah akan buka dan mudahkan jalan untuk menggapainya.

Sebuah kisah sebelum kita berakhir. Dikisahkan suatu ketika seorang lelaki keluar dari tandas. Lalu dia disapa oleh pegawai pencuci yang sedang bertugas. Pegawai pencuci itu memanggil lelaki itu, “Tuan, bagaimana pendapat tuan dengan tandas ini? Adakah ia bersih dan kemas?” Jawab lelaki itu, “Ya! Ia bersih dan kemas.” Kemudian dengan yakin dan penuh bangga pegawai pencuci tadi membalas, “Terima kasih. Untuk pengetahuan tuan, saya lah yang bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas ini.”

Subhanallah. Ini inilah pegawai pencuci atau cleaner bertaraf bintang.

Mohd Riduan b Khairi

PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’

https://ppyborneo.wordpress.com

Tujuan & Matlamat Bekerja

IMG_8432 - web

Gambar Hiasan: Pantai Pandan, Lundu Sarawak

Tujuan & Matlamat Bekerja

Setiap pagi ramai orang bersesak-sesak dan berpusu-pusu menuju ke tempat kerja. Hari demi hari, , bulan demi bulan begitulah seterusnya. Hari ini kita tanyakan, “Apakah tujuan dan matlamat kita semua bekerja?” Benar! Semua orang kerja untuk pendapatan dan gaji. Ia adalah periuk nasi sumber rezeki.

Namun apakah hanya semata gaji dan pendapatan? Bekerja hanya semata-mata untuk dapat gaji, nescaya ramai yang akan rugi. Pekerja yang rajin, amanah dan berdisiplin; mereka bekerja dan mendapat gaji. Bagaimana dengan sebahagian pekerja yang culas, khianat dan kerjanya halai-balai? Bukankah mereka juga mendapat gaji? Bahkan kadang-kala pekerja yang kurang cemerlang dan tidak ‘perfom’ lebih dahulu mendapat kenaikan berbanding mereka yang bagus.

1 tahun 2 tahun mungkin semangat kita dapat bertahan. Namun apabila ia berlarutan, masuk tahun ke-5 atau ke-6, akhirnya mereka yang bagus-bagus ini akhirnya membuat keputusan, “Aku pun mahu bekerja seperti mereka sahajalah. Kerja biasa-biasa atau halai-balai, gaji dapat juga, pangkat naik juga.”

Yang beruntung ialah mereka yang memperuntukkan pekerjaannya sebagai ibadah kepada Allah Azza Wa Jalla. Imam al-Bukhari & Muslim meriwayatkan hadith dari Nabi bersabda, “Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niat (tujuannya). Dan setiap orang mendapat ganjaran sesuai dengan apa yang diniatkan.” Nabi kemudian menjelaskan dengan memberikan contoh, “Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya kerana Allah dan rasul. Siapa yang hijrah kerana habuan dunia atau untuk menikahi wanita, maka hijrah ialah kepada apa yang diniatkan.”

Maka siapa yang bekerja hanya semata-mata untuk mendapat gaji maka dia akan mendapatkan gaji serta penat dan lelah. Akan tetapi sesiapa yang meniatkan pekerjaannya itu sebagai ibadah yang ikhlas dilakukan kerana Allah, maka dia akan mendapat lebih dari sekadar gaji.

Nabi mengajarkan sebuah doa yang dianjurkan dibaca pada setiap hari pada waktu pagi selepas solat subuh.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma inni as’aluka ilman nafi’a, wa rizqan tayyiba wa amalan mutaqabbala.”

“Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diteri-ma.” (Riwayat Ibnu Majah, sahih)

Justeru pekerja yang sukses akan memulai harinya dengan menetapkan niat agar pekerjaan itu ikhlas kerana Allah, mereka akan bekerja yang terbaik untuk mengharapkan rezeki yang diberkati oleh Allah Azza Wa Jalla.

Mohd Riduan b Khairi

PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’

https://ppyborneo.wordpress.com

#PekerjaSukses #Organisasi #MotivasiKerja #PPYTrainingHouse

Fokus, Fokus dan Kejayaan Akan Dicapai

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda maksudnya, “Teruslah berbuat yang benar dan bersungguh-sungguh untuk mendekat pada kebenaran itu. Minta tolong kepada Allah di waktu pagi dan di waktu petang, dengan sesuatu untuk mencapai tujuan. Perhatikanlah tujuan, perhatikanlah tujuan nescaya kamu akan sampai.”

Imam Ibnu Qayyim menukilkan kisah Dzul Bijadain dalam Kitab Al-Fawaid dan kemudian menyatakan, ‘Jadi siapapun dari manusia yang bangkit dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu, maka ia pasti akan mendapatkan apa yang ia cita-citakan.’

Faedah dari karya Dr Ahmad Farid, Khawatir Imaniah Bab Memiliki Obsesi Tinggi Dalam Hal Kebaikan. Terj oleh Nizar Saad Jabal dkk. Darus Sunnah Press 2012.

#Motivasi #Dorongan #Semangat #MotivasiPekerja#NotaPengurusan #PPYBorneo

Kerjasama & Tolak Ansur

Kerjasama & Tolak Ansur

Asal muasal sebuah pasukan ditubuhkan adalah untuk meningkatkan produktiviti. Seorang pemain bola terbaik di dunia tidak menjadi sebuah pasukan yang terbaik kalau dia seorang sahaja yang menjadi pemainnya.

Dalam kerja pasukan 1 + 1 tidak boleh menghasilkan keputusan 2. Jika 1 + 1 masih kekal 2, maka pasukan itu tidak berjaya meningkatkan produktiviti. Dalam bisnes 1 + 1 mesti menghasilkan lebih dari 2. Paling tidak 2.5. Seorang lelaki menikahi seorang wanita, apakah selamanya mereka akan berdua?

Sebuah pasukan bola yang terbaik adalah kombinasi penjaga gol yang tangkas, penyerang yang pantas, pertahanan yang mapan dan pemain tengah yang dinamik. Mustahil kesebelas pemain itu kesemuanya penjaga gol!

Setiap ahli pasukan memiliki kelebihan dan tidak dinafikan kelemahan.

Maka satu rukun yang paling rukun di dalam kerja berpasukan ialah kerjasama dan bertolak-ansur.

Bekerja vs Bekerja Bersama

Ramai orang boleh bekerja. Namun dari sejumlah mereka yang sukses dalam melaksanakan kerjanya, ternyata ramai juga yang tidak mampu atau tidak boleh bekerja bersama-sama dengan orang lain. Ia menjadi satu cabaran besar dalam industri, sehingga terpaksa diadakan sesi ‘ice-breaking’, ‘team-building’ dan seumpama dengannya.

Bajet yang besar terpaksa dikeluarkan bukan untuk mengajarkan pekerja bagaimana cara untuk bekerja; namun ianya untuk mengajar bagaimana bekerja bersama-sama (kerjasama).

Pekerja teladan yang diiktiraf oleh Allah sebagai memiliki ciri pekerja unggul yakni Nabi Musa Alaihisalam; pun tetap meminta dibantu oleh abangnya Nabi Harun. Itu namanya kerjasama.

Dan tulang belakang kepada kerja sama ialah tolak-ansur. Bahasa moden menyebutkan ia sebagai toleransi. Ada waktu kita tersilap, maka dengan mudah rakan sepasukan kita membetulkan. Ada waktu yang lain rakan sepasukan kita kurang cermat, maka ketika itu tibalah giliran kita membaikinya.

Salah dan silap itu lumrah. Dan sedikit beremosi dalam menangani kesilapan, ia adalah lumrah. Namun orang beriman adalah orang yang memiliki sifat pemaaf.

Bukankah Nabi Musa Alaihisalam pernah memarahi Nabi Harun dengan mencekak janggut Harun. Lalu dilemparkan kepingan2 yang tertulis Taurat sehingga pecah! Namun Nabi Musa segera istighfar dan memohon ampun kepada Allah.

Membina sebuah pasukan bukan perkara yang remeh dan boleh dianggap mudah. Ia adalah satu proses yang mencabar namun perlu. Tony Fernandez tidak akan mampu membawa Air Asia secara bersendirian. Di belakang beliau ada ketumbukan pasukan yang saling bekerjasama dan bertolak-ansur.

Kepada pasukan Bhenhar, Jasier, Fuad & Aljimar. Selamat maju jaya. Semoga Allah bantu dan permudahkan urusan kalian.

Mohd Riduan b Khairi
PPY Borbeo ‘Membangun Citra Insan’
Http://ppyborneo.wordpress.com/
Tingkat 11, Chonglin Apartmen Kuching

Teamwork atau Kerja Berpasukan

Teamwork atau Kerja Berpasukan

Kerja berpasukan disebut ‘teamwork’ memiliki keberkahan tersendiri dalam catatan amal soleh. Selain berpotensi menghasilkan pulangan dan produktiviti yang lebih besar, kerja berpasukan akan meringankan beban bagi setiap yang ahli dalam pasukan tersebut untuk melaksanakan agenda-agenda besar.

Tetapi perlu diingat bahwa kaedah mengatakan Al ajru ‘ala qodri masyaqqah maksudnya balasan itu sebanding dengan tingkat kesulitannya, untuk mengasilkan kerja & tugasan besar pastilah memerlukan pengorbanan yang besar.

Di antara cabaran dalam mewujudkan ‘teamwork’ yang solid adalah adanya perbezaan dalam team tersebut baik dalam perspektif, mahupun kemampuan. Perbezaan-perbezaan yang terakumulasi tentunya melemahkan gerak kerja team. Dr. Muhammad bin Abdullah Ad Duwaisy mencatat tiga cara agar kita tidak salah memahami pendapat orang lain yaitu:

1. Diperlukan pemahaman yang benar di antara satu dengan yang lain. Ketika terjadi perselisihan dengan rakan sejawat maka yang pertama lihatlah masalah tersebut dari perspektif orang yang berbeza dengan kita iaitu dengan akal dan fikiran mereka bukan dengan akal dan fikiran kita. Diskusikan masalah tersebut dari cara pandang mereka bukan dari cara pandang kita.
2. Bezakanlah antara sikap kita terhadap pendapat mereka dengan cara berfikir mereka serta bezakan penafsiran kita terhadap sikap mereka.
3. Lapangkan dada untuk setiap yang berbeza cara pandang dengan kita, jika tidak maka mustahil akan wujud kerjasama.

Dipetik dengan olahan bahasa dari http://tsabat.com/?p=1827