Kejujuran pekerja memaut hati majikan

Setiap yang berjaya, berusaha

Ibnu Ishak meriwayatkan:

Khadijah bt Khuwailid ra adalah seorang saudagar perempuan yang sangat kaya dan dihormati. Beliau banyak mengupah orang untuk menguruskan perdagangannya atau kadang-kala bekerjasama dengan mereka dengan cara berbahagi keuntungan.

Kaum Quraisy ketika itu memang dikenal sebagai kaum pedagang. Ketika sampai ke telinganya tentang Rasulullah saw, akan sifat jujurnya, sifat amanahnya, dan akhlak mulia baginda; kemudian Khadijah mengirim utusan untuk menemui baginda dan menawarkan untuk membawa barang dagangannya ke Syam. Dengan dibantu oleh pembantu lelaki bernama Maisarah.

Sebagai upah, Khadijah memberi bahagian keuntungan yang jauh lebih besar berbanding yang pernah beliau berikan kepada pedagang yang lain.

(dipetik dari Sahabiyat Haula Rasul, Muhammad Hassan. Terjemahan: Wanita pilihan di zaman Rasulullah, M.A. Imran Anhar. Terbitan Pustaka As-Sunnah)

Syaikh Sofiurrahman Mubarakfuri melanjutkan:

Setibanya di Mekah dan setelah Khadijah tahu keuntungan dagangannya melimpah, yang tidka pernah dilihatnya sebanyak itu sebelumnya, apalagi setelah pembantunya Maisarah mengkhabarkan kepadanya apa yang dilihatnya pada diri baginda…

View original post 160 more words

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s