Pidato Berkesan – ‘Eye Contact’

“Eye Contact”

Siri Teknik Pidato Berkesan

Dikisahkan dalam Sulalatus Salatin, Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pernah menghantar delegasi ke Negara China bagi menemui Maharaja China. Dalam adab dan istiadat istana, orang awam tidak dibenarkan memandang wajah maharaja secara langsung. Hatta ketika melakukan kow-tow yakni tunduk hormat, tidak dibenarkan memandang wajah mahaaraja secara langsung. Ia disifatkan sebagai tidak beradab dan kurang sopan.

Namun delegasi Melaka yang diketuai Tun Perpatih Putih mencari helah agar mereka dapat melihat wajah maharaja. Setelah berlayar jauh, mereka berasa seperti tidak puas jika tidak dapat melihat wajah maharaja walaupun sekejap. Maka berlakukan peristiwa makan kangkung sebagaimana yang tercatat dalam teks Sejarah Melayu.

Salah satu prinsip dan amalan komunikasi moden ialah memandang atau ‘eye contact’. Mereka yang bercakap-cakap harus memandang tepat kepada mata antara satu dengan yang lain. Apabila hal ini dilakukan baharulah komunikasi itu dianggap sebagai berkesan dan berpengaruh. Dalam budaya Amerika dan sebahagian Eropah hal ini menjadi suatu yang lazim menunjukkan keyakinan dan pengaruh.

Namun dalam budaya Timur khususnya Melayu, Jepun dan juga China, perbuatan memandang tepat kea rah mata lawab bercakap dianggap sebagai tidak sopan dan tidak beradab. Anak-anak kecil di Jepun diajar untuk memandang kepada leher atau tali leher ketika bercakap dengan orang yang lebih tua. Manakala dalam ajaran Islam, anjuran yang paling utama dan besar ialah menundukkan pandangan khususnya terhadap lawan jenis.

Dalam komunikasi percakapan, Islam telah menunjukkan beberapa garis panduan dan teladan. Pernah suatu ketika ketika Nabi sedang berbual bersama-sama beberapa pembesar kafir Quraisy, baginda didatagi oleh sahabatnya bernama Abdullah bin Ummu Maktum. Namun baginda beras terganggu lalu memalingkan wajahnya dari Abdullah bin Ummi Maktum. Perbuatan ini kemudian ditegur oleh Allah sebagaimana dirakamkan dalam Al-Qur’an maksudnya,

“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling. kerana telah datang seorang buta kepadanya.” (Surah Abasa: 1-2) 

Imam Suffyan Thaury menjelaskan bahawa sejak dari hari itu setiap kali baginda menemui Abdullah bin Ummu Maktum maka baginda akan senyum dan memyambutnya dengan baik. (Rujuk Tafsir Al-Qurtubi)

Adab dan etika ketika bercakap-cakap ialah memberikan wajah atau menghadap kepada lawan cakap (merujukkepada percakapan sesama lelaki dan mahram). Hal ini termasuk prinsip penting dan dasar dalam pendidikan anak-anak sebagaimana dirakamkan oleh Allah dalam wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya. Firman Allah,

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Lukman: 18) 

Ibnu Kathir menjelaskan mengenai ayat tersebut, “Janganlah palingkan wajahmu dari orang lain ketika engkau bercakap dengannya atau diajak bercakap.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 11: 56)

Bukan sekadar ‘eye contact’

Jika pakar komunikasi moden menyatakan bahawa ‘eye contact’ mencipta pengaruh dan karisma dalam percakapan, maka Nabi menunjukkan contoh yang jauh lebih baik dari itu. Baginda bukan memberikan ‘eye contact’, sebaliknya baginda menghadapkan wajah dan seluruh tubuh baginda kepada pihak yang baginda sedang bercakap.

Abu Hurairah menjelaskan tentang Nabi,  “Jika menghadap, maka baginda menghadap sekujurnya. Jika berpaling, maka baginda berpaling sekujurnya.” (riwayat al-Bukhari dalam Adabul Mufrad, dinilai sahih di dalam Ash-Shahihah: 3195)

Syaikh Dr. Muhammad Luqman As-Salafy menjelaskan bahawa hal ini dilakukan agar badan dan hati sentiasa selaras. Sebab dengan memalingkan sebahagian badan kepada hal yang dilihat menunjukkan watak kepura-puraan dan kebodohan.” (Syarah Adabul Mufrad) 

Pidato Nabi

Adab ini bukan hanya sahaja dipraktiskan ketika komunikasi atau perbualan secara peribadi, bahkan juga ketika baginda berpidato/ khutbah. Bukan sahaja Nabi menghadap kearah audiens, namun audiens juga yakni para sahabat akan menghadapkan wajah dan tubuh mereka ke arah pemidato.

Dari Muthi’ al-Ghazal dari ayahnya dari datuknya, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam jika sudah menaiki mimbar, maka kami pun menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (riwayat-kan oleh al-Bukhari dalam kitab at-Taariikh al-Kabiir (IV/II/ 47). Dinilai hasan oleh al-Albani dengan beberapa syahidnya dalam kitabnya, Silsilah al-Ahaadiits as-Sahiihah no. 2080)

قَالَ ابْنُ مَسْعُوْدٍ كَانَ رَسُولُ اللهِ إِذَا اسْتَوَى عَلَى الْمِنْبَرِ اسْتَقْبَلْنَاهُ بِوُجُوهِنَا.

 Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu berkata, “Jika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salam sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami langsung menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (riwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 509) dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam kitab Sahiih at-Tirmidzi)

Oleh yang demikian itu pemidato harus berusaha memastikan setiap audiens dapat melihat wajah pemidato. Seandainya berpidato secara duduk menghalang pandangan audiens, maka pilihan yang paling baik ialah dengan berdiri dan seterusnya.

Menatap Semua Audiens 

Sebilangan pemidato mempunyai habit atau kebiasaan memandang teks ketika berpidato. Sehingga mengabaikan audiens. Ada pula yang memalingkan wajah dan tubuh mereka lalu memandang ke aras slide (bagi yang menggunakan slide-show), memandang hanya pada sebelah sisi audiesn sahaja atau hanya memandang audiens di barisan hadapan sahaja.

Tindakan sebegini membuatkan sebahagian audiens terabai dan ini boleh mengakibatkan audiens tidak memberikan perhatian dan lebih buruk lagi berbual-bual mengganggu kelancaran pidato. 

Dari Habib bin Abu Tsabit seorang tabi’in berkata,

  كانوا يحبون إذا حدث الرجل أن لا يقبل على الرجل الواحد ولكن ليعمهم

 “Mereka senang jika seseorang berbicara tidak hanya menatap salah seorang di antara mereka, tetapi menatap semuanya.” (riwayat Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad dengan anad hasan)

Mohd Riduan b Khairi

PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’

https://ppyborneo.wordpress.com

#komunikasi #eyecontact #ucapan #pidato #syarahan #khutab #ppyborneo

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s