Potret Pengurus & Pentadbir Cemerlang: Syaikh Abdul Muhsin Abbad hafidzahullah

Potret Pengurus & Pentadbir Cemerlang: Syaikh Abdul Muhsin Abbad hafidzahullah

Orang-orang yang beriman adalah orang yang cemerlang baik dalam urusan dunia mahupun urusan akhirat. Ketika dia menjadi pekerja maka dia bekerja dengan sungguh-sungguh dan penuh komitmen. Ketika dia menjadi majikan, maka dia berusaha sedaya-upaya menjadi majikan yang terbaik dan sentiasa menjaga kebajikan para pekerjanya. Orang beriman amat mencintai pekerjaannya dan sentiasa bersedia untuk menjalankan setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Ramai yang mengenali Syaikh Abdul Muhsin Abbad Al-Badr. Tidak sedikit dari ilmuan dan ustaz-ustaz di dalam negara kita yang menuntut ilmu dari beliau. Dan sehingga hari ini dalam usia yang semakin lanjut, beliau masih setia menunaikan amanah mengajar di Masjid Nabawi.

Selain diingati sebagai ilmuan dan sarjana yang menyumbang banyak kepada dakwah Islam, dari sisi yang lain beliau juga diingati sebagai antara individu yang bertanggungjawab membangunan Universiti Islam Madinah bersama-sama Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah. Sehinggakan Universiti Islam Madinah juga disebut-sebut sebagai Universiti Ibn Baz & Abdul Muhsin.

Datang paling awal dan pulang lewat petang

Syaikh Abdul Muhsin amat komited, sungguh-sungguh dan mencintai tugas beliau ketika berada di universiti. Syaikh Hamad al-Ansari rahimahullah yang pernah bertugas bersama beliau ketika di universiti menceritakan bahawa “Syaikh Abdul Muhsin adalah seorang yang bersemangat sekali dalam beramal dan tidak pernah mengeluh.”

Syaikh Abdul Muhsin banyak menghabiskan masanya di pejabat bahkan paling awal sampai di pejabat universiti. Pernah suatu hari Syaikh Hammad Al-Ansari bertekad untuk mendahului kehadiran beliau di Universiti, lantas Syaikh Hammad memandu dan bergegas seawal pagi. Namun ketika beliau sampai di Universiti, ternyata Syaikh ‘Abdul Muhsin sudah tiba terlebih dahulu untuk membuka pintu gerbang Universiti sebelum semua orang datang.”

Suatu ketika Syaikh Hammad Al-Ansari pernah datang menemui beliau di pejabatnya setelah solat asar, kala itu beliau sudah menjadi Rektor. Syaikh Hammad duduk bersama beliau dan kemudian bertanya, “Wahai Syaikh, mana kopinya?” Beliau menjawab “Sekarang sudah solat asar, sudah tidak ada staff yang bekerja.”

Paling Amanah, Hemat dan Tawadu’

Walaupun menjadi orang nombor satu dalam organisasi universiti, namun beliau lebih selesa dan lebih suka melakukan tugasan sendiri. Beliau juga amat hati-hati dan hemat terhadap fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti kepada beliau. Diceritakan oleh pemandu yang berkhidmat kepada beliau, sepanjang bertugas membawa Syaikh dari tempat kerja kerumah, Syaikh tidak mahu singgah atau memberhetikan kenderaan di pertengahan perjalanan untuk apa-apa urusan peribadi atau membeli keperluan rumah.

Pemandu yang sama juga menceritakan bahawa, “Ketika jawatan beliau sebagai rektor Universiti Islam Madinah berakhir. Aku melihat Syeikh Abdul Muhsin berdiri menunggu sesuatu. Akupun lantas menghampirinya dengan menggunakan kereta untuk menghantar beliau ke rumah sebagaimana biasanya. Ternyata beliau enggan untuk naik. Beliau mengatakan, ‘Tidakkah engkau tahu bahwa masa jawatanku telah berakhir. Aku telah menyuruh seseorang agar memberi tahu kepada anakku agar menjemputku”.

Al-‘Alamah Hamad Al-Anshari, “Sungguh, Syaikh Abdul Muhsin Al-Abad harusd diabadikan dalam sejarah yang tertulis, kerana beliau telah melakukan sesuatu di Universiti ini yang membuatku berhasrat sekali untuk menulis dan merakam jejaknya.” Jelas beliau lagi, “Sungguh, aku tidaklah pernah melihat kewara’an seseorang yang sepadan dengan Syaikh Abdul Muhsin Al-‘Abad.”

Kejayaan Mentadbir Univerisiti Islam Madinah

Antara kejayaan besar beliau ialah mengurus dan mentadbir Universiti Islam Madinah dari sebuah jabatan kerajaan menjadi sebuah entiti yang ‘establish’ dan mampu berdiri sendiri. Dari sebuah universiti yang baharu menapak beroperasi hinggalah mampu menampung sehingga lebih 20,000 pelajar dari seluruh dunia.

Termasuk usaha beliau yang amat bermakna dan signifikan bukan sahaja kepada universiti bahkan juga kepada dunia keilmuan dan kesarjaaan Islam berjaya mengumpulkan lebih 5000 manuskrip warisan Islam dari seluruh dunia.

Antara individu yang bertanggungjawab mencari dan mendapatkan salinan manuskrip-manuskrip ini ialah Syaikh Hammad Al-Ansari rahimahullah. Beliau mengatakan, “Selama perjalananku dalam mengumpulkan manuskrip-manuskrip untuk Universitas Islam Madinah (Islamic University of Madinah), jumlah yang aku hitung telah mencapai lima ribu manuskrip. Dan aktivitis yang paling banyak untuk mengambil dan mendokumentasikan manuskrip yang ada terjadi pada saat Syaikh Abdul Muhsin Al-‘Abad menjabat sebagai rektornya.”

Catatan:

– sebahagian maklumat dari Syaikh Hammad Al-Ansari bersumberkan biografi Syaikh Hammad yang disusun oleh anaknya Abdul Awal bin Hamad Ansari.

– Bacaan Tambahan: https://www.alsofwah.or.id/cetaktokoh.php?id=286

#Sukses #Pengurusan #NotaPengurusan #Organisasi #PentadbiranAwam #Amanah #PengurusanPejabat #SyaikhAbdulMuhsin

Disediakan oleh

Mohd Riduan b Khairi

PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’

https://ppyborneo.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s