Syaikh Hammad Al-Ansari: Menyerap Tekanan Menjadi Sebuah Kebahagiaan.

Syaikh jalan kaki dari Afrika ke Arab Saudi. Ia mengambil masa selama satu tahun. Malam berjalan siang mereka rehat dan tidur.

Apa kata Syaikh dalam biografinya: Perjalanan yang aku lalui itu sungguh adventerous.

Dan syaikh berkata lagi: Kalaulah bukan kerana usiaku yang lanjut, sudah tentu aku mahu kembara ke seluruh dunia.

Zaman kanak-kanak dan remajanya amat mencabar. Penjajahan Perancis ke atas Afrika amat memberi tekanan kepada perkembangan dakwah di Afrika.

Syaikh Hammad cerita, sebuah buku terpaksa dikongsi bersama 100 orang yang lain. Mereka mengoyak-ngoyakkan dan membahagikan setiap seseorang beberapa halaman. Lalu mereka menghafal bahagian yang mereka miliki kemudian ditukarkan dengan bahagian yang lain.

Sebesar itu tekanan dan cabaran yang mereka hadapi. Tapi dengan kehendak Allah, ujian sebesar itu apabila dihadapi dengan tabah maka hasilnya ialah apa yang terhasil pada Syaikh Hammad Al-Ansari.

Moral of the story:
– jangan mengeluh dengan sedikit kesusahan dan ujian yang Allah timpakan atas kita.
– belajar enjoy dan belajar menyerap tekanan dan kesampingkan ia menjadi sebuah dorongan dan kebahagiaan. Naik bas pergi taklimat, jalan kaki pergi taklimat, kena kejar anjing dsbnya itu enjoy saja. Kalau kaki dikerkah anjing pun alhamdulillah dan redha. Jangan marah anjing tu, dia bukan tahu apa.
– yakin dan percaya: pelangi itu hanya muncul setelah hujan. Dan kejayaan itu pasti dan pasti akan dikurniakan oleh Allah selepas seseorang itu bersusah-payah.
– nikmatnya sebuah kejayaan bukan pada hasilnya. Sebaliknya pada keperitan yang dilalui ketika berusaha itu. Hari ini yang paling kami rindui ialah kari tengkok ayam Ust Hapni dan masak lemak cili api Ust Tajudin. Walaupun selepas setiap kali turn Ust Tajudin masak, dapur mesti macam dilanda thunami. Tapi itulah momen-momen kebahagiaan.

Barokallahufikum.

Mohd Riduan b Khairi
PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’
Http://ppyborneo.wordpress.com/
Di Ma’tam Nur Muhammad, Kulas Kuching

#NotaPengurusan #MotivasiKerja #Organisasi #ppyborneo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s