Kerjasama & Tolak Ansur

Kerjasama & Tolak Ansur

Asal muasal sebuah pasukan ditubuhkan adalah untuk meningkatkan produktiviti. Seorang pemain bola terbaik di dunia tidak menjadi sebuah pasukan yang terbaik kalau dia seorang sahaja yang menjadi pemainnya.

Dalam kerja pasukan 1 + 1 tidak boleh menghasilkan keputusan 2. Jika 1 + 1 masih kekal 2, maka pasukan itu tidak berjaya meningkatkan produktiviti. Dalam bisnes 1 + 1 mesti menghasilkan lebih dari 2. Paling tidak 2.5. Seorang lelaki menikahi seorang wanita, apakah selamanya mereka akan berdua?

Sebuah pasukan bola yang terbaik adalah kombinasi penjaga gol yang tangkas, penyerang yang pantas, pertahanan yang mapan dan pemain tengah yang dinamik. Mustahil kesebelas pemain itu kesemuanya penjaga gol!

Setiap ahli pasukan memiliki kelebihan dan tidak dinafikan kelemahan.

Maka satu rukun yang paling rukun di dalam kerja berpasukan ialah kerjasama dan bertolak-ansur.

Bekerja vs Bekerja Bersama

Ramai orang boleh bekerja. Namun dari sejumlah mereka yang sukses dalam melaksanakan kerjanya, ternyata ramai juga yang tidak mampu atau tidak boleh bekerja bersama-sama dengan orang lain. Ia menjadi satu cabaran besar dalam industri, sehingga terpaksa diadakan sesi ‘ice-breaking’, ‘team-building’ dan seumpama dengannya.

Bajet yang besar terpaksa dikeluarkan bukan untuk mengajarkan pekerja bagaimana cara untuk bekerja; namun ianya untuk mengajar bagaimana bekerja bersama-sama (kerjasama).

Pekerja teladan yang diiktiraf oleh Allah sebagai memiliki ciri pekerja unggul yakni Nabi Musa Alaihisalam; pun tetap meminta dibantu oleh abangnya Nabi Harun. Itu namanya kerjasama.

Dan tulang belakang kepada kerja sama ialah tolak-ansur. Bahasa moden menyebutkan ia sebagai toleransi. Ada waktu kita tersilap, maka dengan mudah rakan sepasukan kita membetulkan. Ada waktu yang lain rakan sepasukan kita kurang cermat, maka ketika itu tibalah giliran kita membaikinya.

Salah dan silap itu lumrah. Dan sedikit beremosi dalam menangani kesilapan, ia adalah lumrah. Namun orang beriman adalah orang yang memiliki sifat pemaaf.

Bukankah Nabi Musa Alaihisalam pernah memarahi Nabi Harun dengan mencekak janggut Harun. Lalu dilemparkan kepingan2 yang tertulis Taurat sehingga pecah! Namun Nabi Musa segera istighfar dan memohon ampun kepada Allah.

Membina sebuah pasukan bukan perkara yang remeh dan boleh dianggap mudah. Ia adalah satu proses yang mencabar namun perlu. Tony Fernandez tidak akan mampu membawa Air Asia secara bersendirian. Di belakang beliau ada ketumbukan pasukan yang saling bekerjasama dan bertolak-ansur.

Kepada pasukan Bhenhar, Jasier, Fuad & Aljimar. Selamat maju jaya. Semoga Allah bantu dan permudahkan urusan kalian.

Mohd Riduan b Khairi
PPY Borbeo ‘Membangun Citra Insan’
Http://ppyborneo.wordpress.com/
Tingkat 11, Chonglin Apartmen Kuching

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s