Tujuan & Matlamat Bekerja

IMG_8432 - web

Gambar Hiasan: Pantai Pandan, Lundu Sarawak

Tujuan & Matlamat Bekerja

Setiap pagi ramai orang bersesak-sesak dan berpusu-pusu menuju ke tempat kerja. Hari demi hari, , bulan demi bulan begitulah seterusnya. Hari ini kita tanyakan, “Apakah tujuan dan matlamat kita semua bekerja?” Benar! Semua orang kerja untuk pendapatan dan gaji. Ia adalah periuk nasi sumber rezeki.

Namun apakah hanya semata gaji dan pendapatan? Bekerja hanya semata-mata untuk dapat gaji, nescaya ramai yang akan rugi. Pekerja yang rajin, amanah dan berdisiplin; mereka bekerja dan mendapat gaji. Bagaimana dengan sebahagian pekerja yang culas, khianat dan kerjanya halai-balai? Bukankah mereka juga mendapat gaji? Bahkan kadang-kala pekerja yang kurang cemerlang dan tidak ‘perfom’ lebih dahulu mendapat kenaikan berbanding mereka yang bagus.

1 tahun 2 tahun mungkin semangat kita dapat bertahan. Namun apabila ia berlarutan, masuk tahun ke-5 atau ke-6, akhirnya mereka yang bagus-bagus ini akhirnya membuat keputusan, “Aku pun mahu bekerja seperti mereka sahajalah. Kerja biasa-biasa atau halai-balai, gaji dapat juga, pangkat naik juga.”

Yang beruntung ialah mereka yang memperuntukkan pekerjaannya sebagai ibadah kepada Allah Azza Wa Jalla. Imam al-Bukhari & Muslim meriwayatkan hadith dari Nabi bersabda, “Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niat (tujuannya). Dan setiap orang mendapat ganjaran sesuai dengan apa yang diniatkan.” Nabi kemudian menjelaskan dengan memberikan contoh, “Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya kerana Allah dan rasul. Siapa yang hijrah kerana habuan dunia atau untuk menikahi wanita, maka hijrah ialah kepada apa yang diniatkan.”

Maka siapa yang bekerja hanya semata-mata untuk mendapat gaji maka dia akan mendapatkan gaji serta penat dan lelah. Akan tetapi sesiapa yang meniatkan pekerjaannya itu sebagai ibadah yang ikhlas dilakukan kerana Allah, maka dia akan mendapat lebih dari sekadar gaji.

Nabi mengajarkan sebuah doa yang dianjurkan dibaca pada setiap hari pada waktu pagi selepas solat subuh.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma inni as’aluka ilman nafi’a, wa rizqan tayyiba wa amalan mutaqabbala.”

“Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diteri-ma.” (Riwayat Ibnu Majah, sahih)

Justeru pekerja yang sukses akan memulai harinya dengan menetapkan niat agar pekerjaan itu ikhlas kerana Allah, mereka akan bekerja yang terbaik untuk mengharapkan rezeki yang diberkati oleh Allah Azza Wa Jalla.

Mohd Riduan b Khairi

PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’

https://ppyborneo.wordpress.com

#PekerjaSukses #Organisasi #MotivasiKerja #PPYTrainingHouse

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s