Tambah Pengetahuan & Tingkatkan Kemahiran

Tambah Pengetahuan & Tingkatkan Kemahiran

Gambar Hiasan: Taman Negara Bako, Sarawak

Gambar Hiasan: Taman Negara Bako, Sarawak

Seorang anak kecil yang pandai membaca Al-Qur’an, dia amat suka jika dia disuruh membaca Al-Qur’an. Seorang anak yang pandai mengayuh basikal, pasti akan suka berkeliling kemana-mana menaiki basikalnya. Demikian orang dewasa, umumnya manusia suka melakukan perkara yang mereka pandai dan mahir melakukannya. Cubalah disuruh tukang jahit untuk menguli roti atau jurufoto di suruh memukat ikat di laut. Bagaimana lah agaknya keadaan mereka?

Setiap pekerjaan ada ilmu dan kemahiran tersendiri. Untuk pandai dan mahir, hanya ada satu jalan. Kata Nabi, “Al-Ilmu bi ta’allum” yakni ilmu itu diperoleh dengan belajar. Menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran adalah proses berterusan sepanjang hayat. Namun ramai melakukan kesilapan apabila membuat keputusan berhenti belajar pada hari pertama mendapat kerja.

Individu sukses paling prihatin terhadap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Asal ada sahaja peluang untuk menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran, nescaya dia menjadi orang paling awal. Demikian sikap yang ditunjukkan teladan oleh Nabi Musa Alaihisalam. Setelah mengetahui bahawa ada orang lain yang lebih berilmu darinya, lekas-lekas baginda mencari lelaki ini untuk belajar dengannya.

Benar, sebahagian besar majikan yang ‘establish’ menyediakan program latihan dalaman ‘in house training’. Namun adakah ia memadai?

Individu sukses akan mengambil inisiatif sendiri untuk melabur ‘invest’ pada dirinya. Siapa yang mengeluarkan bajet kepada Nabi Musa Alaihisan untuk berguru dengan Nabi Khidr? Fir’aun? Qarun? Haman? Tidak, sebaliknya dirinya sendiri atas rasa semangat cintakan ilmu dan tanggungjawab. Bilakah kali terakhir kita menghadiri kursus atau latihan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kerjaya kita?

Apakah buku yang terakhir kita beli & baca dalam bidang kerja yang sedang kita lakukan? Imam As-Syafii membelanjakan 60 Dinar yakni senilai RM 48,000 untuk membeli kitab-kitab Muhammad bin Al-Hasan As-Syaibani. Yahya bin Ma’in guru kepada Imam Al-Bukhari mendapatkan warisan dari ayahnya sebanyak 1 juta dirham dan 50 ribu dinar yakni senilai (RM45 juta). Dari harta itu, Yahya memiliki 114 rak yang penuh buku. Ustaz Armen Halim Naro rahimahullah dalam rakaman kajian Baiti Jannati menceritakan, Bahawa suatu ketika beliau bertemu dengan Syaikh Salim Eid Al-Hilali dan Syaikh Masyhur Hasan Alu Salman hafidzahumullah. Ketika itu Syaikh Masyhur dan Syaikh Salim baharu sahaja membeli kitab sejumlah 40 juta rupiah (bersamaan RM11,000).

Mohd Riduan b Khairi

PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’

https://ppyborneo.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s