Mohd Riduan Khairi

Mohd Riduan b Khairi (820915-08-5799)

Memulakan kerjaya sebagai Perunding Korporat, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada tahun 2004.

Kini menerajui PPY Borneo sebagai Pengurus Zon Borneo (Sabah & Sarawak)

Pendidikan Formal

  1. Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U) (1989-1994)
  2. Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar (1995-1999)
  3. Pusat Bahasa Arab, Yayasan Islam Kelantan (2000)
  4. Universiti Teknologi Malaysia (2000-2004), Dip. Sains Komputer

Kerjaya & Pengalaman

Cowboy Western

Pada tahun 2008 beliau bersama rakan-rakannya memulakan bisnes kafe makanan barat di Universiti Malaya. Beliau terlibat secara langsung dalam bisnes  selama setahun, sebelum menyerahkan amanah mengurus kepada salah seorang rakan bisnesnya.

Pada tahun 2010, beliau mementori pembukaan sebuah kafe sederhana di Greenwood Gombak. Dengan menggunakan labe Cowboy Simpel Western, kafe ini menawarkan masakan panas ala Thai, roti canai dan masakan barat.

GMR Training House

Beliau sedang membangunkan beberapa modul latihan berdasarkan kajian surah-surah dalam al-Quran. Salah satunya ialah ‘Menjadi Guru Cemerlang Menggunakan Teknik Surah Luqman’. Modul ini sudah beberapa kali dibentangkan kepada guru-guru sekolah dan pernah di seminarkan kepada golongan ibu bapa.

Modul Surah Luqman ini sedang diperhalusi untuk dibukukan. Modul ini dibangunkan di bawah GMR Training House. Terkini beberapa pihak termasuk ahli akademik dan organisasi korporat berminat untuk mengembangkan kajian dan menggunakan modul ini.

Selain modul pendidikan, GMR Training House sedang bekerja keras membangunkan silibus untuk usahawan Islam. Silibus ini dibuat berdasarkan sirah Nabi Muhammd (selawat dan salam kepada beliau) yang juga seorang pedagang sukses sebelum menjadi Rasul. Selain beliau, beberapa tokoh lain yang dijadikan rujukan dalam bisnes termasuk Abdurrahman bin Auf, Uthman bin Affan dan Amr al-Asr.

Q&S Islamic Media

Baru-baru ini beliau bersama rakan-rakannya berpakat menubuhkan perniagaan menjual buku-buku Islami. Matlamat utama bisnes ini adalah untuk meluaskan akses umat Islam kepada bahan bacaan yang berkualiti dan sedap dibaca. Q&S Islami Media telah menyertai beberapa Pesta Buku seperti Pesta Buku Selangor 2010 dan Ekspo Sains dan Teknologi Selangor 2010.

GMR Publishing House

Penubuhan GMR-PH bagi mengukuhkan Q&S Islamic Media dalam menerbit dan mengedar bahan bacaan Islami .

Sekarang beliau sedang menyiapkan sebuah buku bersama penerbit PTS Publication. Buku pertama beliau bertemakan Ramadhan akan terbit menjelang Ramadhan 2011. Beliau juga turut menyumbang rencana untuk siaran akhbar termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian.

Penerbitan di media (dari urutan terbaru)

  1. Menolak Politik Fitnah dan Politik Persepsi, Sinar Harian.
  2. Lembaran Baru Dakwah di Sabah, Utusan Malaysia
  3. Tahyul, Khurafat di Era Moden, Utusan Malaysia 16 November 2012.
  4. Hudud : Duduk Sebelum Berlunjur, Sinar Harian 8 Oktober 2011.
  5. Antara Masuk Gereja dan Masuk Masjid, Utusan Malaysia 16 Ogos 2011.
  6. Ihya Ramadan : Ramadan Mendidik Akhlak Mulia, Utusan Malaysia 12 Ogos 2011.
  7. Ihya Ramadan : Amalan Sunat vs Fardu, Utusan Malaysia 10 Ogos 2011.
  8. Ihya Ramadan : Ar-Rayyan untuk Orang-orang Yang Berpuasa, Utusan Malaysia 04 Ogos 2011.
  9. Ihya Ramadan : Selamat Datang Ramadan, Utusan Malaysia 2 Ogos 2011
  10. Teka-Teki Kedatangan Hari Kiamat, Sinar Harian 12 Februari 2011
  11. Bersatu-Padu Atas Akidah Yang Benar , Sinar Harian 01 Januari 2011
  12. Mitos Nibiru, Kiamat 2012. Utusan Malaysia 28 Disember 2010
  13. Tiada Siapa Termasuk Israfil Tahu Bila Kiamat. Berita Harian 25 Disember 2010
  14. Berjemaah Hapus Status Sosial Antara Ummah. Berita Harian 27 November 2010
  15. Buang Bayi : Busung Luka-Luka Lama. Sinar Harian 4 September 2010

Blog

  1. Bisnes dan pengurusan : notausahawan.wordpress.com
  2. Agama dan kajian pendidikan Islami: encikriduan.wordpress.com

Hubungi Saya

Emel : riduan.khairi@gmail.com

Facebook : Mohd Riduan Khairi

Twitter: @riduankhairi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s